Lelaki Ditemui Mati Lemas Di Sungai Perak

| October 6, 2020 | 0 Comments

Lelaki Ditemui Mati Lemas Di Sungai Perak | Lenggong: Pemuda ditemui lemas di Sungai Perak, kira-kira 1.5 kilometer dari Jambatan Bukit Sapi di sini, hari ini.

Mohamad Noor Solihin Mohamed Redzuan, 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.50 petang sebelum dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, mangsa dilapor hilang pada 3 petang semalam selepas dilihat berada di atas jambatan itu dengan motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, SAR yang disertai polis, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamatan (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela dan penduduk kampung digerakkan sejurus maklumat dan bersambung 8 pagi tadi.

“Keluarga mangsa membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Lenggong, malam tadi selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

“Pemeriksaan di jambatan itu hanya menemui motosikal dan topi keledar mangsa. Kita juga tidak pasti sama ada dia terjun dari jambatan itu atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian, hari ini.

Beliau memberitahu SAR turut menggunakan lima bot yang mencari dalam lingkungan satu ke dua kilometer di hilir jambatan.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *