Lelaki Ditemui Maut Dalam Longkang Dengan Kesan Darah Di Leher

| April 25, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ditemui Maut Dalam Longkang Dengan Kesan Darah Di Leher | Mayat seorang lelaki dilaporkan telah ditemui di dalam sebuah longkang berdekatan Taman Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang di sini, baru-baru ini.

Lelaki Maut Ditemui Dalam Longkang Dengan Kesan Darah Di Leher

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, lelaki yang ditemui maut itu dikatakan berusia dalam lingkungan 60-an dengan berpakaian lengkap. Mayat lelaki tersebut juga dijumpai dalam keadaan terlentang selain terdapat kesan darah kelihatan di leher mangsa.

Tambahnya lagi, pasukan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian ini pada jam 9 pagi dan sepasukan anggota bomba  dari Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perai  telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

Setelah tiba dilokasi, pihak bomba mendapati satu mayat  lelaki berada di longkang dan mereka tidak menjumpai apa-apa objek tajam berdekatan dengan lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan penyelamat telah melakukan kerja-kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk mereka mengambil tindakan selanjutnya.

Siasatan kini masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada ia bermotifkan pembunuhan atau sebaliknya.

Operasi yang dilakukan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perai telah tamat pada jam 9.12 pagi.

Sumber: Kosmo 

Tags: , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *