Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Bertengkar Ketika Kutip Sewa Rumah

| October 9, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Bertengkar Ketika Kutip Sewa Rumah | Seorang lelaki meninggal dunia selepas dia dikatakan ditemui dalam keadaan tangan diikat dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan berkaitan duit sewa rumah di Kampung Guar Sabun, Sungai Batu Pahat, Perlis , pada Jumaat malam.

Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Bertengkar Ketika Kutip Sewa Rumah

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam itu mereka telah menemukan mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49,  terlentang berhampiran pagar sebuah rumah dengan kesan kecederaan kecil pada dahi.

Jelasnya, susulan dari kejadian itu, dilaporkan empat lelaki berusia dalam lingkungan 39 hingga 55 tahun telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati, mangsa telah datang ke sebuah rumah untuk mengutip sewa daripada seorang lelaki tetapi tidak dipedulikan sehingga tercetus pertengkaran antara mereka membabitkan penggunaan parang.

Menurut Wari Kiew, mangsa yang ketika itu sedang berang bertindak di luar kawalan selepas dia dikatakan menetak cermin sebuah kereta dan turut mencederakan lelaki berkenaan sebelum pergaduhan dileraikan oleh beberapa penduduk yang kemudian bertindak mengikat tangan mangsa.

Namun, ketika pergaduhan sudah dileraikan, mangsa yang diikat tersebut dilaporkan sudah tidak bergerak dan disahkan telah meninggal dunia, manakala lelaki yang cedera akibat ditetak kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Mayat mangsa dikhabarkan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *