Lelaki Ditemui [email protected], Dihempap Pokok Yang Ditebangnya | Daily Mail melaporkan bahawa seorang anggota paramedik berusia 57 tahun ditemui meninggal dunia selepas dihempap pokok yang ditebangnya dengan menggunakan gergaji rantai.

Robin Parry Jones, dikatakan sedang menebang sebuah pokok besar di Criccieth, Wales Utara menggunakan gergaji rantai yang sedang diuji pada hari cutinya.

Menurut Daily Mail, siasatan mendapati mangsa terperangkap selama berjam-jam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seekor anjing di bawah pokok besar di padang terpencil.

Bapa kepada dua orang anak itu ditemui oleh rakan sekerjanya selepas menjawab panggilan kecemasan 999, namun mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

PC Dylan Roberts memberitahu bahawa Mr. Parry Jones ditemui terbaring dan dihempap dahan pokok di atas dadanya.

Daily Mail juga melapor bahawa Mr. Parry Jones menolong seorang kenalannya menebang pokok sejak awal pagi 23 Jun dan tidak ditemui sehingga 9.40 malam.

Selain itu, dia juga ingin memeriksa sama ada gergaji rantainya itu berfungsi dengan baik atau tidak sebelum membuat keputusan untuk membeli yang baharu.

Paramedik dari Dinas, Caernarfon itu telah meninggalkan isterinya, Bethan serta dua orang anaknya.

Mr. Parry Jones merupakan seorang yang suka memancing dan pencinta anjing, malah memulakan perkhidmatan mendandan anjing.

Sementara itu, Koroner Sarah Riley memaklumkan bahawa pemeriksaan bedah siasat mendapati kemungkinan punca kematian disebabkan oleh kesukaran bernafas akibat dihempap oleh pokok di atas dadanya.

Ms. Riley menyatakan bahawa mangsa telah tersepit di bawah pokok yang tumbang dan ia telah disahkan oleh gambar dari tempat kejadian.

Menurutnya, dahan pokok berkenaan mendarat tepat di dadanya dan menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas.

Oleh itu, kematiannya adalah tidak dijangka dan tidak disengajakan.

Jason Killens, Ketua Eksekutif Perkhidmatan Ambulans Wales berkata, Robin merupakan seorang yang penyayang dan sangat dihormati oleh komuniti Pwhllheli.

Mr, Parry Jones yang berasal dari Caernarfon itu juga dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

Kehilangan Robin secara tiba-tiba ini dirasai oleh semua orang yang mengenalinya, terutamanya keluarga dan rakan sekerja.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply