Lelaki Hancur Jari Akibat Mercun Bola | Hasrat seorang lelaki menghalau anjing liar yang mengganggu ternakan kambingnya, bertukar malang apabila empat jari tangan kirinya hancur akibat letupan mercun bola yang digunakan dalam kejadian itu malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, mangsa berusia 34 tahun itu dikatakan membakar mercun bola itu bagi menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar dekat Pokok Sena.
Mangsa berkata, sejurus membakar sumbu, mercun itu meletup belum sempat ia dilempar.
Mangsa juga berkata, akibat letupan mercun itu, dia tengok tangannya dah nampak tulang putih, manakala empat jari hancur selain cedera di perut.
Di kawasan rumah, memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambingnnya antara tujuh hingga lapan ekor, disebabkan dia baling mercun bola untuk halau anjing liar di situ.
Beliau berkata ketika dihubungi hari ini tapi tak sangka ini yang terjadi.
Mangsa berkata, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Katanya, susulan kejadian itu, dua jarinya terpaksa dipotong, manakala dua lagi kudung akibat kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku semalam namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.
Sumber: Berita Harian
Artikel Lain
Kerana Mercun Bola 5 Keluarga Hilang Tempat Tinggal.
Kerana Mercun Bola 5 Keluarga Hilang Tempat Tinggal. | KOTA BHARU – Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi lima buah keluarga musnah apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada mercun bola di Berek 12 di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi itu, keseluruhan lima buah rumah musnah manakala empat lagi kediaman terbakar hampir 20 peratus.
Salah seorang mangsa, Noraiza Salleh, 42, berkata, sewaktu kejadian, di sedang mengemas bahagian di ruang tamu rumah sementara menunggu untuk ke sekolah anak bongsu bagi mengambil wang zakat.
Menurutnya, dia terdengar bunyi dentuman seperti letupan mercun bola di atas atap rumah ibunya, Zaharah Mat, 70, yang terletak di sebelah rumahnya.
“Pada mulanya saya tidak mengendahkan bunyi letupan itu namun, bunyi dentuman kali kedua lebih kuat. Saya terus meninjau keadaan rumah ibu sebelum mendapati ada api pada bahagian tingkat atas.
“Saya terus berlari memasuki rumahnya dan menyelamatkan ibu yang berada di dalam bilik. Ketika itu, dia sedang tidur selepas menyiapkan kuih-muih untuk jualan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penduduk yang mengatakan kebakaran itu angkara mercun bola.
Menurutnya, setakat ini, bahagian forensik JBPM masih menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca kejadian.
“Kami masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu (angkara mercun),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurut Zainal, seramai 35 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Kota Darulnaim dan Pengkalan Chepa digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.53 pagi.
Tambahnya, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran pada pukul 10.30 pagi.
Sumber : Kosmo