Seorang lelaki dari negeri Montana, Amerika Syarikat (AS) hilang separuh daripada badannya selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri melibatkan jentera forklift di sebuah tapak pembinaan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Lelaki Hilang Separuh Badan Selepas Kemalangan. Kini Keadaannya Amat Mengagumkan

Loren Schauers, 20, hilang kedua-dua kaki dan tapak tangan kanannya selepas terlibat dalam kemalangan pada September 2019.

Ketika kejadian, Schauers yang bekerja menggunakan forklift diarahkan mengalihkan jentera itu sehingga ia berada hampir dengan sisi jambatan.

Ia menyebabkan lelaki itu terjatuh pada ketinggian lebih 15 meter lalu dihempap oleh jentera industri itu.

Doktor kemudian terpaksa melakukan pembedahan kecemasan dengan memotong bahagian bawah badan Schauers.

Termasuk alat kelamin kerana pelvisnya remuk sepenuhnya demi menyelamatkan nyawa lelaki itu.

Sebulan selepas pembedahan, pengamal kesihatan profesional tidak percaya bahawa dia mampu terselamat.

Setelah pulih, Schauers mendokumentasikan kehidupan baharunya di laman YouTube.

Lelaki itu masih ditemani isterinya, Sabia Reiche, 23, yang sentiasa berada di sisinya ketika mengalami masalah kesihatan.

Disebabkan masalah pergerakan, Reiche bertanggungjawab melakukan banyak tugas harian untuk menjaga suaminya termasuk menukar beg kolostomi dan memandikan lelaki itu.

Dalam usaha untuk menjadikan kehidupan lebih mudah, pasangan itu kini merayu sumbangan daripada orang ramai untuk mendapatkan sebuah lengan bionik baharu untuk Schauers.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply