Lelaki Ini Bawa Pisau Ke Balai Polis. Bila Disiasat Ini Puncanya.

| April 20, 2020 | 0 Comments

Lelaki Ini Bawa Pisau Ke Balai Polis. Bila Disiasat Ini Puncanya. | Penganggur yang berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah membawa sebilah pisau pemotong daging ke Balai Polis Sibu Jaya, di Sibu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua anggota polis sedang bertugas di balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang daripada anggota polis mengarahkan suspek berusia 23 tahun mencampak pisau tersebut ke lantai di luar balai.

“Setelah dipujuk suspek mengaku pisau pemotong daging yang dibawanya itu diambil di dapur rumahnya.

“Suspek yang masih dalam keadaan khayal kemudian diberkas tanpa membabitkan sebarang kekerasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ketika soal siasat dilakukan, suspek memberitahu tujuannya membawa pisau itu adalah untuk mempertahankan diri.

“Dia (suspek) bimbang jika ada orang mahu memukulnya. Pertuturan suspek juga kurang difahami kerana dipercayai masih di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Tambahnya, terdapat kesan luka di bahagian tangan kanan suspek.

“Ini dipercayai berpunca daripada tindakannya sendiri yang menumbuk cermin tingkap rumahnya. Suspek akan direman dan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk saringan air kencing,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berjadual.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *