Seorang pekerja swasta dikenali sebagai VI atau Veri, 20, perlu bertanggungjawab atas perbuatannya di hadapan pihak polis.

Lelaki KANTOI Rakam Pelajar Dalam Bilik Air. Ini Nasib Yang Diterima...

Dia kini berdepan dengan hukuman penjara sehingga 4 tahun.

VI ditahan Unit Opsnal Polis Tamalanrea Makassar selepas mengintip seorang pelajar perempuan yang sedang mandi di tandas di sebuah rumah tumpangan.

Tertuduh turut merakam insiden tidak bermoral itu melalui telefon bimbit.

Salah seorang mangsa ialah pelajar yang berinisial ZN, 21, merupakan jiran rumah tumpangan Veri.

Menurut maklumat, pada mulanya, mangsa masuk ke dalam bilik air untuk membuang air kecil.

Kemudian, tertuduh yang mendengar bunyi air terus merakam mangsa yang sedang membuang air kecil.

VI menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam melalui pengudaraan bilik air.

Telefon bimbit yang digunakan Veri dilihat oleh ZN dari celah-celah lubang udara.

Akhirnya, tindakan memalukan itu terbongkar dan dia dilaporkan kepada pihak polis Tamalanrea.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tamalanrea, Ipda Muhammad Iqbal Kosman telah memberi kenyataan kepada wartawan pada petang Rabu.

Katanya, memang benar ada yang merakam video pelajar dalam bilik air dan mereka telah pun menahannya.

Ini bukan kali pertama insiden ini berlaku, malah merupakan kali kedua VI bertindak sedemikian.

“Tindakan ini sudah dua kali dilakukannya. Dia merakam melalui lubang udara di bilik air di situ,” katanya.

Veri yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Tamalanrea, telah mengaku perbuatannya semasa disoal siasat oleh polis.

Kini, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 4 tahun.

Dia akan didakwa dengan Undang-Undang No. 4 Tahun 2008 berkaitan lucah.

Sumber: Tribun News

Share.

Leave A Reply