Lelaki Kongsi Pengalaman Ngeri, Punggung Digigit Ular Sawa Ketika Buang Air Besar.. Traumanya Masih Ada! Seorang lelaki mengalami pengalaman ngeri apabila punggungnya digigit ular sawa ketika buang air besar. Gigi ular sawa itu juga masih melekat di punggungnya ketika membuat pemeriksaan. Baca seterusnya.

Menggerunkan, tak dapat bayangkan bagaimana traumanya pemuda yang dikenal sebagai Sabri Tazali ini atas kejadian yang menimpa di rumahnya sendiri di Selayang, Selangor pada 28 Mac lalu. Pengalaman pahit pemuda berumur 28 tahun ini ada dikongsikan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Ular tiba-tiba gigit masa buang air besar

Menerusi mStar, Sabri menceritakan bahawa pada ketika itu dia sedang buang air besar, sambil-sambil itu, dia main telefon selama 15 minit untuk main game.

“Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung. Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak.”

“Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.”

Namun begitu, dia tidak rasa sakit, cuma tertanya-tanya ular jenis apa yang menyerangnya.

“Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah Google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya.”

Kata Sabri lagi, dia terus hubungi Bomba untuk tangkap ular tersebut sebelum ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

Menurut sumber lagi, Sabri trauma dengan kejadian tersebut, dia terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama 2 minggu kerana masih terkejut.

“Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tetapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.”

Gigi masih ada dekat punggung

Menurutnya lagi, selepas 2 minggu, Sabri ada buat pemeriksaan dekat kawasan luka, dia mendapati bahawa masih ada separuh gigi ular.

“Ia terpatah sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejaidan itu. 2 minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepastu terpaksa tukar pintu tandas, mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga ditukar kepada yang putih.”

Tambah Sabri, ayahnya yang sudah lebih 40 tahun duduk di kawasan perumahan teres itu mengatakan bahawa ini adalah kali pertama berlaku.

Dalam masa 15 jam ia dikongsikan, tweet Sabri ini telah meraih lebih daripada 2,300 jumlah retweets. Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dan gerun dengan apa yang berlaku kepadanya.

Sumber: LM

Share.

Leave A Reply