Lelaki Lintas Landasan Bawa Padah, Maut ‘Digilis’ Kereta Api

| September 19, 2021 | 0 Comments

Lelaki Lintas Landasan Bawa Padah, Maut ‘Digilis’ Kereta Api | Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang lelaki yang dikatakan maut selepas dilanggar api dalam kejadian di landasan Kilometer 4.5 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kawasan Perusahaan Perai dekat Kampung Jawa, malam tadi.

Lelaki Lintas Landasan Bawa Padah, Maut Dilanggar Kereta Api\

Dalam kejadian berlaku pada jam  8.20 malam itu, mangsa yang berumur 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad, mangsa dipercayai telah dilanggar kereta api yang dilaporkan berada di laluan landasan KTMB dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam.

Jelasnya, mangsa  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasat.

Shafee Abd Samad turut menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Shafee turut menasihati orang ramai supaya tidak menceroboh masuk ke kawasan yang dipagari atau melintas di landasan kereta api kerana ia boleh membahayakan nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *