Lelaki M4ti Ditembak Polis Selepas Ancam Bunuh Ibu Kandung | BAGAN DATUK: Seorang lelaki mati ditembak polis selepas menjadikan ibu kandung sebagai tawanan dan mengancam membunuh mangsa dengan parang, ketika cuba mengelak ditahan dalam kejadian di Kampung Teluk Kompol Hutan Melintang di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata Polis Daerah Hilir Perak menerima laporan ahli keluarga lelaki berusia 44 tahun di bawah pengaruh dadah, yang bertindak agresif pada jam 10 pagi semalam.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, sepasukan anggota jabatan jenayah narkotik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Setibanya di lokasi, polis memujuk suspek untuk memberikan kerjasama, namun dia enggan dan bertindak agresif.

“Suspek kemudiannya mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun. Suspek turut meletakkan parang di tengkuk mangsa ketika menuntut polis beredar.

“Pihak polis secara berhati-hati, memotong pintu jeriji yang dikunci dari dalam oleh suspek menggunakan pemotong besi. Namun, suspek yang menyedari polis memasuki rumah itu, bertindak menolak ibunya sehingga jatuh dan pengsan serta menghayun parang ke arah polis yang cuba menangkapnya.

“Dalam keadaan ancaman nyawa yang dihadapi, anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah suspek yang terkena di bahagian bahu kiri menyebabkan lelaki itu rebah ke lantai dan mangsa berjaya diselamatkan,” katanya.

Mohd Yusri berkata, polis menghubungi ambulans ke tempat kejadian bagi membantu suspek dan mangsa yang cedera.

“Walau bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia sebaik pihak perubatan tiba di lokasi.

‘Mayat suspek dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini, sementara siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh serta kematian mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, suspek adalah seorang duda yang bekerja sebagai buruh kampung yang mengusahakan kebun sawit seluas satu ekar milik keluarga di belakang rumah ibunya.

“Siasatan awal mendapati, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan dadah,” katanya.

Sumber: BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pengedar Dadah M4ut Ditembak Selepas Langgar Polis

Pengedar Dadah M4ut Ditembak Selepas Langgar Polis | Lahad Datu: Seorang pengedar dadah ditembak mati selepas melanggar dua anggota polis yang cuba menahannya di tepi jalan, Jalan Plum Oil Industrial Cluster (POIC) Phase 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak menahan Perodua Viva dipandu seorang lelaki kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad Berkata, ketika hendak ditahan untuk pemeriksaan, secara tiba-tiba, suspek mengundurkan keretanya dengan agresif dan melanggar salah seorang anggota dalam pasukan serbuan berkenaan.

Katanya, suspek kemudian membuat pusingan U dan memecut kereta dipandunya dengan melawan arus serta turut melanggar seorang lagi anggota dalam pasukan yang cuba menghalang suspek.

“Bagaimanapun, anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah kereta suspek bagi tujuan mempertahankan diri sebelum dilanggar.

“Suspek memecut kereta dipandunya kerana cubaan melarikan diri daripada ditahan oleh pasukan serbuan dan kemudian dilihat terbabas pada jarak 400 meter dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rohan berkata, pemeriksaan kemudian mendapati suspek tidak sedarkan diri dan terbaring di bahagian tempat duduk penumpang sebelah kiri.

Suspek disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut polis merampas dadah disyaki syabu seberat 7.45 gram bernilai RM1,490, dua (pedang) samurai dan Perodua Viva itu.

“Suspek, warga tempatan berusia 28 tahun dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah narkotik dan komersial,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba bunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pengedaran dadah.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply