Padah menghina isteri orang sebagai pelacur, seorang lelaki maut selepas dilempar batu pada Rabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah dekat Medan, Indonesia.

Menurut Unit Siasatan Jenayah, Iptu J Simamora, suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah ditahan Alfred Mayer Sitohang.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya yang beralamat di Jalan Mapelindo, Medan beberapa jam selepas kejadian,” katanya memetik laporan media antarabangsa metroindo.

Jelas Simamora, kejadian tercetus apabila mangsa, Joni Pranata Simanjuntak menghina isteri suspek sebagai seorang pelacur.

“Alfred marah apabila Joni mengejek isterinya sebagai ‘kupu-kupu malam’. Sakit hati dengan perkataan yang digunakan oleh mangsa, suspek terus menumbuk mangsa sebelum dia mengambil dan melempar batu besar ke muka mangsa.

“Impak daripada lemparan batu tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecedaraan parah di kepala.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dihantar ke Hospital Muhammadiyah oleh orang awam.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Namun nasib suspek tidak dapat diketahui sama ada telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Enggan Bayar Hutang, Wanita Muat Naik Gambar ‘Jenazah’ Sendiri | Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan.

Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya namun, wanita berkenaan mengakui tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.

Dia sebelum itu berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun gagal bertindak demikian.

Selepas waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan lagi sehingga 6 Disember lalu.

Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan mendakwa telah meninggal dunia.

Anaknya, Najwa Almira Ginting kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan bertindak demikian kerana enggan membayar hutang.

Dia turut meminta pihak berkaitan agar memaafkan perbuatan ibunya itu.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply