Lelaki M4ut, Kereta Langgar Tiang Lampu | KLANG – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar tiang lampu dalam kejadian di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa menghala ke Jalan Kebun Nenas, dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Jeffrey Lim Chee Xuan, 21, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 pagi.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Kia Forte dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan,” katanya.

Hafisham berkata, ketika pihak Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi, mangsa tidak sedarkan diri dan terperangkap di dalam kereta terbabit.

“Dalam tempoh lima minit pihak Bomba dan Penyelamat berjaya keluarkan mangsa, bagaimanapun dia telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: SINAR HARIAN 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Baca Juga: 2 Pelajar Politeknik Muadzam Shah M4ut Dlm Kemalangan Bertembung Lori | JEMPOL – Dua pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang maut dalam nahas dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Axia dan lori di kilometer 33, Jalan Bahau-Keratong, berhampiran stesen minyak Palong 16, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa, Chen Pui Xia, 22, beralamat di Sungkai, Perak, cedera parah di kepala dan patah peha kanan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Kata beliau, manakala penumpang belakang, Norsyahira Rahmat, 23, beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penumpang hadapan pula, Nur Syafikah Shuib, 21, beralamat di Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Jempol.

“Kenderaan yang dinaiki pelajar politeknik berkenaan merupakan kenderaan yang di sewa di sekitar Muadzam, Pahang. Difahamkan kesemuanya dalam perjalanan pulang ke politeknik tersebut dari Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori berusia 47 tahun memandu berseorangan dari arah Keratong menghala ke Bahau.

Menurut beliau, pemandu lori kitu mendakwa semasa melalui jalan menuruni bukit, sebauh kenderaan Perodua Axia dari arah bertentangan masuk ke laluan lori berkenaan tanpa memberi sebarang isyarat lalu berlaku perlanggaran.

“Dalam kejadian ini, terdapat saksi bebas juga menyatakan kereta Perodua Axia telah masuk ke laluan bertentangan. Kesan calar perlanggaran pertama juga berada di laluan lori menghala ke arah Bahau.

Kata beliau, pemandu lori bagaimanapun tiada mengalami apa-apa kecederaan dan kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply