Lelaki M4ut Selepas Digilis Lima Kenderaan. | Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas digilis sekurang-kurangnya lima kenderaan di Kilometer 428.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Jeram di sini malam tadi.

Sewaktu kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya dikatakan berjalan kaki di tengah-tengah lebuh raya berkenaan tanpa diketahui puncanya.

Muhammad Zulkifli Ngah, 26, merupakan salah seorang pengguna lebuh raya yang terlibat. Dia yang memandu kereta Proton Waja sedang dalam perjalanan ke rumah kawannya di Bukit Besi, Dungun dari Gemuroh, Kuala Nerus.

Dia berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia perasan kehadiran seorang lelaki berkain pelikat yang berjalan di tengah-tengah lebuh raya.

“Saya cuba mengelak dengan membelok kereta ke arah kanan namun gagal lalu merempuh lekaki itu dari arah belakang.

“Impak rempuhan itu menyebabkan tubuh lelaki tersebut terpelanting ke cermin hadapan kereta saya sebelum tercampak kira-kira 300 meter ke hadapan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Tambah Muhammad Zulkifli, kemalangan itu telah menyebabkan beberapa kerosakan pada keretanya. Cermin hadapan kereta Proton Wajanya pecah selain kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan sisi kiri kenderaannya.

Tambah pengendali jentera berat berkenaan, mayat mangsa kemudiannya telah digilis beberapa kenderaan lain termasuk sebuah lori.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber: Kosmo

ARTIKEL BERKENAAN KEMALANGAN.

DUA BERANAK MAUT DALAM KEMALANGAN.

KUALA PILAH – Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Terachi-Tanjung Ipoh, di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Nuratika Arsad, 27, dan anaknya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.21 pagi lalu menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan Kuala Pilah ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbabas.

“Terdapat lima mangsa, bagaimanapun seorang wanita dan anaknya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mangsa yang lain dapat diselamatkan pihak bomba dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan dan siasatan di lokasi nahas diteruskan oleh polis.

Share.

Leave A Reply