Tercubit paha kiri, paha kanan pun berasa sakit. Begitu juga ketika seorang daripada ahli keluarga dilanda derita, pasti yang lain turut merasai tempiasnya.

Sepertimana yang membuatkan hati seorang kakak resah setelah adiknya melecur hampir keseluruhan badan akibat kemalangan di tempat kerja.

Derita si adik dikongsikan di akaun Tiktok Nurul Shahida Baharuddin, 30 hingga mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

“Kejadian terjadi dekat tempat kerja dia. Saya diberitahu waktu kejadian itu, badan dia dijilat api daripada kaki sampai kepala.

“Nasib baik rakan sekerja dia cepat bertindak. Mereka tolong padamkan api dan bawa dia ke hospital,” ujar Shahida menceritakan semula kejadian tersebut.

Tambah Shahida, kecederaan dialami oleh adiknya yang dikenali sebagai Alias memerlukan rawatan intensif berikutan melecur tahap tiga.

“Alias melecur 35 peratus di badan dia. Melecur tahap tiga. Dia melecur dekat kedua-dua belah tangan, dekat punggung sampai bahagian bawah kaki, di muka dan di leher.

“Sekarang Alias dah selesai proses pembedahan sebab melecur dia dalam. Doktor dah buang sel kulit yang dah mati tu.

“Mereka ambil kulit di paha dan lengan untuk tampal di kawasan yang melecur dan gantikan balik kulit yang terjejas,” katanya

Shahida seterusmya mengongsikan derita yang dialami Alias dan dia hanya mampu melihat.

“Waktu dekat hospital dia sering mengadu sakit. ” Selalu juga dia minta saya beritahu jururawat supaya tambah ubat tahan sakit.

“Dia beritahu tak tahan sangat tanggung sakit. Kejadian itu juga tinggalkan trauma dan parut pada emosi dia.

@eidashahida3

Ujian Allah bersama kasih sayang❤️

♬ Astagfirullah Robbal Baroya – Maria Ulfah Elkamiel

“Dia cakap dia tak boleh tidur dan selalu mimpi bukan-bukan tentang kejadian itu,” luah Shahida yang merupakan anak sulung dalam keluarga,

Bercakap tentang trauma, Shahida memberitahu adiknya kini takut untuk mendekati stesen minyak.

“Kalau kita nak isi petrol dekat stesen minyak, dia akan rasa takut. Dia seperti risau kejadian kebakaran itu boleh berulang.

“Malah apa apa bahan yang mudah terbakar akan trigger trauma dia.

“Saya syukur dia makin pulih, tapi nampak semangat dia masih belum pulih sepenuhnya,” terang Shahida.

Menurut Shida lagi, kejadian yang berlaku pada awal Oktober lalu merupakan ujian berat kepadanya namun dia bertekad akan sentiasa di sisi adiknya.

Sehingga ke hari ini, Alias masih dalam fasa pemulihan dan perlu menerima rawatan susulan di hospital.

“Sekarang ini dia kena cuci luka dan buat fisioterapi di hopsital. Empat hari atau tiga hari saya akan bawa pergi ke hospital.

Fisioterapi adalah untuk membolehkan kulit baharu yang ditampal untuk biasa dengan pergerakan. Kalau tak ada pergerakan dia akan tegang dan tertarik,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana Shahida memberikan sokongan moral kepada Alias, dia memberitahu akan sentiasa berbual dengan adiknya agar dia tidak berasa keseorangan.

“Nak bawa Alias keluar jalan-jalan tak boleh sebab dia tak boleh kena matahari.

“Dia tak boleh kena panas nanti badan dia akan jadi merah macam udang dibakar. Kami akan pastikan dia sentiasa sejuk.

“Ada kipas besar dalam rumah yang khas untuk dia. Saya akan mandikan dia dan sapukan badan dia dengan minyak zaitun supaya kulit dia tak kering dan gatal.

“Saya pun akan sentiasa berbual dengan dia untuk bagi dia semangat. Dia makin bertambah baik berbanding sebelum ini.

Shahida menyimpan harapan besar agak Alias dapat sembuh sepenuhnya kerana menurutnya Alias jarang sakit sebelum ini.

“Apabila tengok dia sakit sekarang saya rasa sedih. Saya harap dia dapat sihat balik dan kerja macam biasa semula,” katanya mengakhiri bicara.

@eidashahida3

Ujian Allah bersama kasih sayang ❤️

♬ Yasir Lana – arief akdw

Sumber : Mstar

 

Share.

Leave A Reply