Lelaki Maut Jatuh Tingkat Lima Mahkamah

| August 9, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Jatuh Tingkat Lima Mahkamah | Lelaki yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lima Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang, Georgetown, hari ini.

Mangsa yang masih dalam keadaan tangan bergari ditemui terbaring di bawah kompleks mahkamah terbabit jam 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan,” katanya hari ini.

Ketika ini, pakar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *