Lelaki Maut Kena Serangan Jantung Ketika Daki Bukit

| January 11, 2021 | 0 Comments

Lelaki Maut Kena Serangan Jantung Ketika Daki Bukit | Kuala Lumpur: Kematian seorang lelaki ketika mendaki Bukit Sri Bintang, di sini, semalam disebabkan sakit jantung.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa berusia 55 tahun itu pada 9.30 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama isteri mendaki bukit itu sebelum tiba-tiba rebah.

“Pada jam lebih kurang 10.30 pagi, ambulans tiba di tempat kejadian dan kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan punca kematian disebabkan sakit jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *