Lelaki Maut Kereta Terbabas Dalam Parit

| November 1, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dalam Parit | Tapah – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 12.8, Jalan Bidor-Teluk Intan di sini hari ini.

Dalam nahas jalan raya pada pukul 10.30 pagi itu, Mohamed Azman Khan Mohd. Yusof Khan, 29, dari Taman Aman, Bidor disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Inokom Matrix dalam perjalanan menuju ke arah Bidor.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Punca kemalangan disebabkan pemandu terbabas sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *