Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terjunam Dalam Curam | Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam cerun berhampiran Bulatan KLIA menghala ke Chaterfield di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.17 petang.

“Sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam curam anggaran 4.5 meter. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tindakan anggota bertugas mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan hidraulik dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Norazam berkata, seramai lapan pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply