Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok

| July 19, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok | Lelaki dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Persiaran Tujuan, Subang Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 2.10 pagi itu, mangsa K Mehan Jan Kumar, 22, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu kereta Hyundai Inokom dalam keadaan laju untuk pulang ke rumahnya di USJ 20.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaannya terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan menyebabkan kereta remuk teruk.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *