Lelaki Maut Ketika Berhenti Beri Bantuan Mangsa Kemalangan | Satu kemalangan yang melibatkan lima kenderaan telah berlaku di KM263, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, petang semalam. Namun terdapat seorang maut daripada nahas yang berlaku itu.

Lelaki Maut Ketika Berhenti Beri Bantuan Mangsa Kemalangan

Mangsa maut dalam nahas itu merupakan individu yang berhenti untuk memberikan bantuan kepada pemandu Perodua Myvi yang telah terbabas di dalam longkang tepi jalan. Kejadian itu berlaku sebelum mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, mangsa dikenal pasti sebagai K Nagantheran, 22, berasal dari Taman Rishah, Ipoh, maut di tempat kejadian.

Dikatakan bahawa pemandu Perodua Myvi itu turut maut dalam nahas itu disebabkan dirempuh. Beliau yang dikenali sebagai Maryamah Talib, 52 merupakan isteri kepada seorang penolong pegawai penyiasat cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Mangsa dikatakan maut ketika mendapatkan rawatan di  Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dua lelaki masing-masing berusia 46 dan 51 tahun parah dan kini dirawat di Zon Merah HRPB, sementara seorang wanita berusia 42 tahun patah tangan kanan dan cedera di muka. Seorang lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal Honda Wave hanya mengalami luka pada kulit selain lima individu lain yang turut terbabit dalam nahas ini tidak mengalami kecederaan.

Berdasarkan siasatan mendapati pada mulanya kereta yang dipandu oleh Maryamah telah terbabas sendiri ke longkang tepi jalan. kemudian dua buah kereta iaitu Perodua Myvi yang dipandu oleh Nagantheran dan kenderaan utiliti SUV Mitsubishi Triton yang dinaiki mangsa parah berusia 51 tahun berhenti di tepi jalan bagi memberikan bantuan.

Pada mulanya Maryamah berjaya diselamatkan, namun semasa mereka bertiga sedang berdiri di belakang Mitsubishi Triton itu, sebuah Perodua Alza dalam keadaan hilang kawalan secara tiba-tiba telah merempuh mereka bertiga.

Rempuhan oleh Perodua Alza itu yang dipandu mangsa parah berusia 46 tahun, menyebabkan ketiga-tiga mereka yang berada di belakang Mitsubishi Triton terbabit ketika itu jatuh ke longkang beserta SUV berkenaan yang turut jatuh ke longkang.

Kemudian sebuah motosikal Honda Wave yang ditunggang oleh oleh seorang lelaki berusia 34 tahun yang tidak sempat mengelak turut terbabas dan jatuh di atas jalan raya. Kemalangan dikenal pasti berpunca daripada Perodua Alza yang hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang sedang berhenti untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media melaporkan Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas itu membabitkan empat kenderaan, dengan seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa cedera parah.

Ketibaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya yang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.56 petang mendapati hanya seorang mangsa iaitu pemandu Perodua Alza yang dalam keadaan masih tersepit, sementara tiga mangsa lain sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply