Lelaki Maut Ketika Elak Kemalangan

| November 1, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Ketika Elak Kemalangan | Seorang lelaki maut ketika cuba mengelak kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.16 pagi, B. Vieswwa Ganesh, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Ford Focus dalam perjalanan ke Klang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu lelaki berusia 33 tahun melanggar belakang lori dipandu lelaki 32 tahun dan berhenti di tengah jalan.

“Mangsa yang berada di belakang cuba mengelak namun hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Akibatnya, Vieswwa Ganesh meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Baharudin, dua lagi pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *