Penerjun udara warganegara Britain maut selepas terjatuh dari ketinggian 800 meter apabila payung terjun yang digunakannya gagal terbuka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki Maut Ketika Melakukan Aksi 'Ekstrem'. Puncanya MENGERIKAN...

Mangsa, Dylan Morris Roberts, 33, merupakan seorang pencinta sukan ekstrem telah terbunuh dengan tragis di Gunung Dolomites, Itali.

Dylan melakukan aksi terjunan dari cerun gunung itu bersama lima orang rakannya.

Namun kejadian yang tidak disangka telah menimpa dirinya.

Dylan merupakan seorang penerjun udara profesional kerana telah berjaya melakukan berpuluh-puluh terjunan.

Malah, dia juga merupakan bekas tenaga pengajar di sekolah Payung Terjun Britain.

Difahamkan, rakan-rakannya segera menelefon talian kecemasan sebaik sahaja insiden ngeri itu berlaku.

Sejurus selepas itu, pasukan penyelamat gunung terus dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menaiki helikopter.

Polis tempatan berkata, payung terjun yang digunakannya gagal berfungsi dengan baik.

Selain itu, mereka turut mengesyaki bahawa dia berkemungkinan tersilap mengira trajektorinya.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply