Lelaki Maut Lemas Kereta Jatuh Sungai

| August 16, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Lemas Kereta Jatuh Sungai | Mayat lelaki berusia 50-an ditemui terperangkap dalam sebuah kereta Toyota Vios yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Kampung Lama, Jitra, hari ini.

Mayat lelaki yang belum diketahui identitinya itu berjaya dinaikkan ke tebing dengan bantuan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.57 pagi.

Beliau berkata, pasukan anggota BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Safiron Sudin tiba pada 7.05 pagi.

“Operasi disertai enam anggota dan dua jentera termasuk EMRS dari balai berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta Toyota Vios itu masih berada dalam sungai berkenaan dan dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa ketika itu terperangkap dalam kereta dan usaha mengeluarkannya dilakukan tidak lama kemudian.

Beliau berkata, sebuah kren digunakan untuk mengangkat kereta itu dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalamnya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira dua minit selepas kereta ditarik naik ke tebing.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *