Lelaki Maut Motosikal Ditunggangi Bertembung Dengan Kereta | Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis skuter Yamaha NVX yang ditungganginya dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di hadapan Masjid Senaling dekat sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Hakimi Mazlan, 20, yang beralamat di Kampung Tebat Hilir maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Nizam Yom berkata, pihaknya mendapat panggilan kejadian pada pukul 6.39 pagi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, tindakan pihak bomba untuk memadamkan sebuah motosikal skuter yang telah terbakar sebanyak 100 peratus. Skuter itu dipercayai terseret selepas bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

“Kemalangan itu telah menyebabkan penunggang motorsikal maut ditempat kejadian manakala pemandu kereta tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Nizam berkata, pihaknya dimaklumkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah ke Senaling pemandu kereta dari arah Melaka ke Kuala Pilah.

“Kematian mangsa telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply