Lelaki Maut Motosikal Rempuh Teksi MPV

| July 22, 2020 | 0 Comments

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Teksi MPV | Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah teksi jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang hendak membelok ke kanan di Kilometer 47, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Hulu Selangor, 8.20 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Ridzuan Khalid berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu Proton Exora berusia 44 tahun dari Kerling membelok ke kanan untuk berhenti makan di kedai makan di tepi jalan.

Ketika kejadian, pemandu teksi itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Mangsa yang berusia 20 tahun gagal mengelak dan merempuh bahagian kanan kenderaan.

“Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada kenyataan.

Saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Sabrina Abd Rashid di talian 03-60641222 atau balai polis berhampiran.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *