Lelaki Maut, Rakan Cedera Parah Dipercayai Terkena Bom Buatan Sendiri

| June 9, 2021 | 0 Comments

Lelaki Maut, Rakan Cedera Parah Dipercayai Terkena Bom Buatan Sendiri | Penggunaan bom sangatlah berbahaya tidak kira apa jua jenis bom yang dipakai. Terbaru, sorang lelaki maut, manakala rakannya parah selepas bom buatan sendiri yang diletakkan di dalam bakul depan motosikal meletup di Rh Mandau, Jalan Sungai Pidi Bakong, semalam.

Lelaki Maut, Rakan Cedera Parah Dipercayai Terkena Bom Buatan Sendiri

Kejadian yang berlaku pada jam 6.24 petang itu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di lokasi kejadian, manakala pemboncengnya dikatakan parah di bahagian kaki dan paha.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, siasatan di tempat kejadian dipercayai punca penyebabnya adalah letupan dari bahagian bakul depan dan tangki motosikal.

“Akibat kejadian, penunggang berusia 23 tahun dari Rh. Suring, Sungai: Pidi, Bakong, Meradong meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pembonceng berusia 53 tahun dari Rh Kedawang, Batu Gerugo, Sungai Merurun, Julau parah dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sekam berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan itu, yang dipercayai buatan sendiri untuk digunakan memburu binatang liar di dalam hutan.

“Polis memandang serius perbuatan ini kerana ia bukan sahaja membahayakan diri tetapi orang ramai.

“Tindakan tegas akan diambil supaya perbuatan seperti ini dapat dibendung daripada terus berlaku,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *