Lelaki Maut Tercampak Dari Kenderaan

| April 8, 2021 | 0 Comments

Lelaki Maut Tercampak Dari Kenderaan | Kemalangan jalan raya ialah peristiwa yang biasanya melibatkan perlanggaran antara dua kenderaan atau lebih di jalan raya ataupun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian.

Lelaki Maut Tercampak Dari Kenderaan

Rawang: Seorang lelaki maut tercampak dari kenderaan apabila kereta yang dipandunya sebelum dilanggar dalam nahas yang membabitkan empat kenderaan di kilometer 32 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Sungai Choh, Rawang, hari ini.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid berkata, siasatan awal mendapati bahawa kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tayar belakang sebuah lori dari arah yang bertentangan.

Jelasnya, rempuhan itu telah menyebabkan mangsa tercampak keluar apabila kereta yang dipandu terbalik sebelum menghempap sebuah Perodua Alza yang dipandu oleh seorang pelajar berusia 23 tahun.

Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang wanitga pula tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di laluannya. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pelajar terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua pemandu lori dan Proton Wira masing-masing berusia 28 tahun serta lingkungan 30-an pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat. Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Sumber : Harian Metro , Berita Harian

 

Tags: ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *