Lelaki Maut Tertimbus Dalam Tanah Ketika Melombong | Seorang lelaki dilaporkan maut selepas tertimbus ke dalam tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja melombong emas dalam kejadian di Kampung Air Sejuk, Setiu, baru-baru ini.

Lelaki Maut Tertimbus Dalam Tanah Ketika Melombong

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pada jam 5 petang Rabu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Johari Mohd Asri, 34, maut di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja-kerja melombong di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan yang menyebabkan mangsa tertimbus.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin, sejurus menerima panggilan, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk kerja-kerja melombong emas.

Menurutnya ketika kejadian, keadaan cuaca mendung namun sesekali hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan berkenaan lembut.

Jelasnya mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian.

Katanya usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan jentolak berikutan tanah di lokasi berkenaan dari jenis tanah liat dan berpasir dan mudah runtuh.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Afandi berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply