Lelaki Melecur Selamatkan Diri Ketika Rumah Sewa Terbakar | Dua lelaki terselamat dengan seorang daripadanya melecur ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan rumah sewa mereka di Jalan Rebung Bukit Kapar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai 20 anggota termasuk pegawai dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Sungai Pinang dan Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah sewa yang mempunyai lima pintu kesemuanya. Semasa kejadian, dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan seorang daripadanya melecur pada tahap 45 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, mangsa yang melecur kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Muhammadul Ehsan, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.46 pagi dengan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Seorang Kanak² Perempuan M@ut Dlm Kebakaran 3 Rumah.

Seorang Kanak² Perempuan M@ut Dlm Kebakaran 3 Rumah. | Georgetown: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam di sini, malam tadi.

Mangsa, G Sri Laavanya ditemukan rentung, manakala wanita berusia 50 tahun yang juga nenek mangsa cedera di tangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.19 malam.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dan Jalan Perak bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dengan dibantu 50 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Bendera, Bagan Ajam, Jalan Perak, Padang Lalang serta Air Itam.

“Ketika tiba di tempat kejadian, api marak membakar tiga rumah kampung yang berkedudukan rapat antara satu sama lain.

“Berdasarkan maklumat awal, dipercayai kanak-kanak berusia tujuh tahun terperangkap dalam rumah berkenaan dan api berjaya dikawal pada 12.45 tengah malam.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan tiada laluan masuk bagi jentera ke lokasi selain perlu menggunakan hos sejauh 150 meter dari jalan utama ke kawasan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Mengulas lanjut Zulfahmi berkata, pasukan penyelamat kemudian menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan mengiring dan rentung sepenuhnya kira-kira lapan meter dari pintu utama rumah berkenaan.

Katanya, kanak-kanak malang terbabit dipercayai terperangkap di bilik tidur berdasarkan terdapat katil berhampiran mangsa.

“Kanak-kanak itu dipercayai panik dan dalam keadaan asap tebal, mangsa mungkin cuba lari sama ada ke bilik air atau ke jalan keluar berhampiran, namun siasatan lanjut akan menentukan puncanya,” katanya lagi.

Menurut Zulfahmi, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan, manakala mayat kanak-kanak itu diserah kepada polis sebelum dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat.

“Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 1.23 pagi,” katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian berikutan datuk dan nenek serta ahli keluarga mangsa meratapi pemergian kanak-kanak itu.

Kepantasan pasukan penyelamat mengawal kebakaran juga mengelak api daripada merebak ke rumah berhampiran.

Sumber : HM

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Rumah Kongsi Di Tapak Pembinaan Musnah Dalam Kebakaran

Rumah Kongsi Di Tapak Pembinaan Musnah Dalam Kebakaran | MELAKASebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah dalam satu kebakaran di Bertam, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor menyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam ini.

“Kira-kira 100 mangsa membabitkan buruh binaan warga asing tinggal di rumah kongsi berkenaan namun tiada yang dilaporkan cedera ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata 14 anggota daripada BBP Tangga Batu, Cheng dan Ayer Keroh terlibat dalam operasi itu termasuk tiga jentera pemadaman.

Katanya antara masalah dihadapi pasukan penyelamat adalah ketiadaan bekalan sumber air kerana taman perumahan itu masih dalam pembinaan dan pihaknya menggunakan bekalan air sepenuhnya daripada jentera.

Sumber:AWANI 

Share.

Leave A Reply