Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Dua Wanita

| April 14, 2021 | 0 Comments

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Dua Wanita | Kejadian rogol yang berlaku di Malaysia bukan lagi perkara ynag asing untuk didengari. Hal itu yang berlaku kepada seorang lelaki mualaf yang mengaku tidak bersalah kerana telah merogol dua orang wanita.

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Rogol Dua Wanita

Johor Bahru: Seorang mualaf telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini, atas dua  pertuduhan rogol yang dilakukannya pada 2019 dan tahun lalu.

Walau bagaimanapun, yang tertuduh, Muhammad Daniel Rosli Abdullah, 32, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan yang pertama, tertuduh telah didakwa melakukan kesalahan iaitu merogol mangsa yang berusia 20 tahun di sebuah hotel di Taman Skudai Baru, Skudai, Johor Bahru. Kejadia intu berlaku kira-kira pada jam 10 malam, 28 Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan yang kedua pula, tertuduh telah didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai. Kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019. Dia kemudiannya telah disabitkan kesalahan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Ahmad Kamal berkata, beliau tidak membenarkan mana-mana jaminan yang ingin dilakukan terhadap tertuduh dan telah menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebuatan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdullah.

Sumber: Berita Harian

 

Tags: , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *