Lelaki Meninggal Dunia Terbaring Tepi Jalan

| September 2, 2020 | 0 Comments

Lelaki Meninggal Dunia Terbaring Tepi Jalan | Sitiawan: Lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di tepi jalan Taman Sentosa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.30 petang.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat disahkan bukan dikategorikan sebagai pesakit Covid-19 oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat,” katanya.

Nor Omar berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di tempat kejadian,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *