Lelaki [email protected] Motosikal Rempuh Lori Tunda | Seorang lelaki tempatan maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori tunda yang sedang berhenti di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam. - Foto ihsan polis

Superintendan Zaiham Mohd Kahar, Ketua Polis Daerah Bentong, berkata Samad Cham yang berumur 48 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam nahas kira-kira jam 4.50 petang itu.

Beliau berkata bahawa hasil siasatan awal polis mendapati lori tunda terbabit berhenti di bahu jalan di Kilometer 76.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Superintendan Zaiham juga menyatakan bahawa kira-kira 30 minit kemudian, dikatakan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang lori itu sebelum sebuah motosikal dari arah Bentong didapati melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Koperal M4ut Kemalangan, Tak Sempat Jumpa Anak Demam

Hasrat seorang bapa yang juga anggota polis pulang dari tempat kerjanya di Balai Polis Putra Heights, Selangor menuju ke Melaka setelah dimaklumkan bahawa anaknya demam berakhir tragedi apabila lelaki itu maut dalam kemalangan di Kilometer 217.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Kamarul Arif Mat Noor, 32, berpangkat koperal maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, nahas kira-kira pukul 1.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri.

“Mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R yang berada di lorong paling kiri telah cuba mengelak ke kanan, tetapi terlanggar lori itu pada bahagian belakang sebelah kanan.

“Akibat pelanggaran, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Difahamkan mangsa baru tamat tugas pukul 12 tengah malam dan pulang ke Kampung Musai, Bukit Baru di sini setelah dimaklumkan anaknya demam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Arshad, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, keadaan jalan adalah lurus, tiga lorong manakala keadaan cuaca baik dan tidak hujan. Kedua-dua kenderaan terlibat dari arah yang sama iaitu dari arah Utara menghala ke Selatan,” jelasnya.

Sumber : UM

 

Seorang Guru Besar Meninggal Dunia Dalam Kemalangan.

Seorang Guru Besar Meninggal Dunia Dalam Kemalangan. | KAMPAR – Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 23.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur berhampiran Kampung Gunung Panjang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, Mohd Erilzuddin Affendi Mohd Amir, 45, yang menunggang skuter disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, laporan awal kemalangan diterima membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal jenis Honda Vario ditunggang mangsa.

“Siasatan awal mendapati MPV yang dipandu seorang wanita berusia 42 tahun dalam perjalanan dari arah Kampar menuju ke Ipoh.

“Kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan dan berpusing masuk ke laluan motosikal yang bergerak terus hala ke Kampar,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kampar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Pemandu kenderaan dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply