Lelaki [email protected] Tersepit Pelanggaran 2 Kenderaan | Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 20, Jalan Bentong – Raub berdekatan Lurah Bilut, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa Mohamad Riduan M. Shafri, 23, yang memandu kereta maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penumpang yang berusia 25 tahun cuma cedera ringan.

Superintenden Zaiham Mohd. Kahar, Ketua Polis Daerah, berkata, siasatan polis mendapati kereta yang dipandu Mohamad Riduan dari arah Bentong cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan tetapi terbabas.

Beliau berkata, kereta mangsa bertembung dengan lori muatan tong gas yang dipandu lelaki berusia 57 tahun yang datang dari arah Raub ke Mentakab.

Beliau juga berkata dalam kenyataan bahawa akibat kemalangan ini, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Menurut Zaiham, penumpang kereta berkenaan cuma mengalami cedera ringan, manakala pemandu lori tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata lagi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaiham selanjutnya berkata, pihak polis turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Ujarnya, pasukan bomba juga melaksanakan kerja pembersihan serpihan kenderaan bagi keselamatan orang ramai di tempat kejadian.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Kereta Rosak, Wanita [email protected] Dilanggar Lori

Kereta Rosak, Wanita [email protected] Dilanggar Lori | Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah lori ketika menunggu di luar keretanya yang telah rosak di Kilometer 235.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Selasa.

Maklumat awal menyebut, dalam kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu, mangsa bernama B Karthigayayini maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah kereta Honda Civic dinaiki mangsa bersama dua yang lain serta sebuah lori kontena tanpa muatan.

Menurutnya, kereta berkenaan telah mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan.

Beliau berkata bahawa lori terbabit telah melanggar bahagian tepi kenderaan itu dan ketika itu mangsa berada di sisi kereta berkenaan.

Beliau juga berkata lagi bahawa mangsa itu telah disahkan maut oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian sementara dua lagi dalam keadaan selamat.

Sumber: Sinar Harian

 

Sayu! Dua Beradik Maut Kemalangan Gara-Gara Dilanggar Lori

Sayu! Dua Beradik Maut Kemalangan Gara-Gara Dilanggar Lori | PETALING JAYA – Hilang kawalan menjadi punca dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.54 malam.

Siasatan awal dilakukan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu dipercayai hilang kawalan.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa itu kemudian jatuh sebelum dilanggar sebuah lori yang melalui jalan berkenaan dari arah yang sama.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu lori terbabit yang berusia 35 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

SUMBER : Kosmo!

Share.

Leave A Reply