Lelaki Nepal Direman Kes Bvnuh 2 Pengawal Keselamatan | Seorang lelaki warga Nepal ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh dua pengawal keselamatan warganegara sama dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Oakland petang semalam.

Asisten Komisioner Nanda Maarof, Ketua Polis Daerah Seremban, berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketika menghubungi beliau hari ini, beliau berkata bahawa perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nur Haryatie Mohd. Saini di Mahkamah Khas Reman hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Semalam Kosmo! melaporkan dua pegawal keselamatan warga Nepal ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara dalam kejadian di Pusat Komersial Oakland di sini.

Keadaan kedua-dua mangsa berusia 35 dan 46 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di premis tersebut yang dijadikan kantin pekerja.

Selain itu, terdapat kesan kecederaan hentakan pada bahagian muka mangsa dipercayai dipukul menggunakan penukul yang turut ditemui di lokasi kejadian.

Suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol ditemui bersama dua mangsa dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Lelaki Nepal Silap Masuk Rumah Orang, ‘Slumber’ Tidur Atas Sofa

SEORANG lelaki warga Nepal tersilap masuk ke dalam sebuah rumah penduduk sebelum bertindak merebahkan badan dan tidur di atas sofa.

Kejadian dilapor berlaku di ruang tamu sebuah rumah yang terletak dekat Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kelmarin.

β€œPemilik rumah bagaimanapun tidak mahu membuat laporan dan tiada kehilangan barang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam Jumaat.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak berbaju telah tidur di atas sofa dengan berselimutkan permaidani.

Difahamkan, pemilik rumah telah menghubungi pihak polis untuk membangunkan lelaki terbabit.

Komen Netizen :

Tuan rumah πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Mcm mana bole bg dia masuk? Biar je pintu tak berkunci ke

Mabuk ni

Sumber : Utusan TV

 

2 Lelaki Dijumpai M4ut Di Kantin Tempat Kerja. Ini Punca Kematian..

2 Lelaki Dijumpai M4ut Di Kantin Tempat Kerja. Ini Punca Kematian | .Dua lelaki warga Nepal ditemui maut dengan kesan kecederaan pada muka di sebuah premis yang dijadikan kantin pekerja di Jalan Haruan 4/7, Taman Perindustrian Oakland, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, seorang lagi lelaki warga Nepal dipercayai pengurus kantin turut ditemui di lokasi, namun tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat pengaruh alkohol, namun polis sedang melakukan siasatan mengenai punca dan bagaimana ia berlaku

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam jam 6.25 petang tadi memaklumkan terdapat kes kematian di lokasi sebelum sepasukan petugas digegaskan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba polis menemui dua lelaki dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

“Terdapat kesan darah di lokasi kejadian selain kesan kecederaan pada muka kedua-dua mayat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua lelaki berkenaan berada agak jauh antara satu sama lain, malah seorang lagi lelaki warga Nepal berusia 37 tahun turut berada di lokasi.

“Siasatan awal polis menemui tukul dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Suspek lelaki warga Nepal berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut juga mendapati dua mangsa masing-masing berusia 35 dan 46 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat sama.

“Kedua-dua mangsa tinggal berdekatan lokasi kejadian. Premis ini dijadikan kantin bagi pekerja keselamatan untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Menurut Nanda, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini termasuk motif kejadian dan kaitan suspek yang berada di lokasi.

“Pihak kami akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply