Seremban: Peniaga warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan membunuh dua rakan senegara awal Disember lalu.

Tertuduh, Thakur Prasad Bhandari, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selain tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan terhadapnya.

Mengikut dua pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa membunuh lelaki warga Nepal, Manoj Kumar Chaudhary, 35, dan Krishna Kumar Damai Pariyar, 46.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban jam 9.08 pagi hingga 4.48 petang pada 3 Disember lalu

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan memohon satu tarikh untuk mendapatkan laporan forensik, kimia dan perubatan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Februari 2023 untuk serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki warga Nepal ditemui mati dengan kesan kecederaan pada muka di sebuah premis yang dijadikan kantin pekerja.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, seorang lagi lelaki warga Nepal dipercayai pengurus kantin turut ditemui di lokasi, namun tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Wanita Mengaku Tidak Bersalah Bvnuh | Ibu berusia 42 tahun yang dituduh membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mayat dalam beg pakaian yang kemudiannya dijual dalam lelongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah New Zealand pada Rabu, selepas diekstradisi dari Korea Selatan.

WANITA yang didakwa membunuh dua anak dan diletakkan dalam beg dilelong ketika ditahan di Korea Selatan. FOTO Agensi/Yonhap.

Tertuduh bagaimanapun, tidak hadir ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Auckland, pada Rabu, namun peguambelanya Christopher Wilkinson-Smith memasukkan dua pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya.

Hakim Sally Fitzgerald menetapkan tarikh perbicaraan pada April 2024 yang ditetapkan selama empat minggu.

Pada penampilan pertamanya di mahkamah di Auckland dua minggu lalu, sehari selepas diekstradisi dari Seoul, tertuduh disahkan ibu kepada dua kanak-kanak malang itu.

Perintah mahkamah turut menghalang media daripada menamakan wanita itu atau anak-anaknya yang sudah meninggal.

Wanita itu ditahan polis Korea di bandar pelabuhan Ulsan pada September, sebulan selepas mayat anak-anaknya ditemui di New Zealand yang disembunyikan dalam dua beg pakaian.

Sebuah keluarga membeli beg pakaian itu dan barang-barang lain dalam lelongan dalam talian barangan dari unit simpanan di selatan Auckland.

Ketika ditangkap di Korea, wanita itu berulang kali memberitahu wartawan “Saya tidak melakukannya” sebelum dimasukkan ke dalam kereta polis.

Polis New Zealand percaya dua kanak-kanak itu berusia antara lima dan 10 tahun ketika kematian.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply