Lelaki Nyaris Maut Digigit Buaya Ketika Mencari Siput | Berpantang maut sebelum ajal itulah kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan situasi seorang lelaki yang bergelut dengan seekor buaya di Sungai Gadong, Beaufort, Sabah kelmarin.

Lelaki Nyaris Maut Digigit Buaya Ketika Mencari Siput

Mangsa yang dikenali sebagai Kasturi Alang, 53, terpaksa menerima sebanyak 17 jahitan ekoran kecederaan di bahagian bahu dan belakang badan akibat digigit reptilia itu pada jam 3.30 petang.

Kasturi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri serta ibu mentua sedang mencari siput di lokasi berkenaa

Mereka kemudiannya berpecah untuk mencari siput sebelum tiba-tiba seekor buaya datang menyerangnya dari arah belakang.

Katanya, beliau bergelut selama hampir lima minit sebelum berjaya melepaskan diri.

Tambahnya, isteri dan ibu mentuanya yang ada berhampiran tidak mampu berbuat apa-apa dan dia bersyukur kerana isteri dan ibu mentuanya tidak diserang.

Kasturi memberitahu, mereka kemudian keluar dari kawasan itu dan pergi ke Klinik Kesihatan Padas Damit bagi mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan lanjut.

Kasturi memaklumkan sebelum ini, dia pernah mendengar mengenai kewujudan buaya di kawasan itu tetapi belum pernah berlaku sebarang kejadian serangan daripada haiwan berkenaan.

Lelaki berkenaan sudah pun dibenarkan pulang setelah menerima rawatan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply