Lelaki OKU Meninggal Dunia Dirempuh MPV

| March 14, 2021 | 0 Comments

Lelaki OKU Meninggal Dunia Dirempuh MPV | Alor Setar – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut akibat dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Mangsa, Abdul Muiz Abdul Rashid, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.35 pagi.

“Mangsa yang merupakan pemegang kad OKU masalah pembelajaran dikatakan tidak menggunakan jejantas di kawasan berhampiran untuk melintas.

“Ketika melintas, mangsa dirempuh sebuah MPV jenis Toyota Avanza dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa yang berasal dari Flat Simpang Kuala di sini dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *