Lelaki Panjat Balkoni. Rupanya Ini Cerita Sebenar. SERAM Tengok!! |JOHOR BAHRU – Penduduk di kondominium Aliff Residence, Tampoi di sini digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki beraksi ala ‘Spiderman’ dengan memanjat bangunan berkenaan dari satu tingkat ke tingkat lain dipercayai untuk melakukan kegiatan jenayah.

Tindakan lelaki berkenaan dirakam penduduk menerusi satu video berdurasi 53 saat yang tular dalam medial sosial sekaligus menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Lelaki itu dilihat bertindak memanjat naik ke luar bangunan dari tingkat 14 hingga ke tingkat 18 sebelum turun semula ke tingkat 14.

VIDEO ADA DI SINI (Video) “Scary Wei!…” Tular Video Lelaki Panjat Balkoni Apartment Yang Dirakam Penduduk Sekitar

Kejadian itu disedari penduduk pada pukul 4 petang semalam sebelum individu berkenaan ditahan pihak berkuasa kira-kira setengah jam kemudian.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, lelaki itu cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan mencederakan kalau tidak membuka ‘sliding door’ beranda rumahnya.

“Kebetulan ‘sliding door’ rumah saya rosak, saya dan anak cuba menutupnya dari dalam manakala pencuri berkenaan cuba membuka dan mengugut beliau ada pistol.

“Manalah kita jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat tinggi dari beranda ke beranda bangunan kondominium seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul Badrol Abd. Rahman berkata, suspek ditahan penduduk setempat ketika berada di beranda tingkat 19.

“Seramai 14 anggota yang tiba ke lokasi kejadian mendapati suspek telah ditahan orang awam ketika dipercayai cuba untuk memecah masuk salah sebuah rumah berkenaan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply