Lelaki Pasrah Gendong Bekas Isteri 100KM Syarat Rujuk Semula | Sebuah klip video tular di media sosial China memaparkan seorang lelaki berjalan sambil menggendong seorang wanita di sebatang jalan, lapor portal berita Wolipop.

Lelaki berbaju hitam itu kelihatan bertongkat. Dia menggendong seorang wanita yang memakai baju pengantin bewarna putih dan tiara di kepalanya.

Pasangan itu merupakan bekas suami isteri. Mereka sebelum ini memilih untuk bercerai akibat konflik yang timbul.

Selepas tiga tahun, lelaki itu sedar akan kesalahannya kerana wanita itu sentiasa melayaninya dengan baik. Dia kemudian meminta untuk bersama semula.

Bagaimanapun, wanita itu memberikan syarat kepadanya sebelum mereka boleh berkahwin semula.

Salah satu syarat tersebut adalah pada hari perkahwinan mereka, lelaki itu perlu membawa wanita tersebut pulang rumah ibu bapanya yang terletak sejauh 100 kilometer (km).

Ketika kejadian, lelaki yang dilihat keletihan itu terpaksa mengikat bekas isterinya menggunakan tali merah supaya tidak terjatuh.

Menurut wanita itu, tujuan dia membuat permintaan tersebut adalah supaya bekas suaminya sentiasa mengingati dan menghargai perkahwinan mereka.

Lelaki itu bernasib baik kerana apabila dia baru berjalan kira-kira 10 km, wanita itu meminta dia berhenti dan memaafkannya.

Selepas itu, pasangan tersebut pulang ke rumah wanita itu dan melangsungkan perkahwinan.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini Juga :

Dua Orang Lelaki Parah Kena Tetak Dgn Parang Sebab Ganggu Isteri Orang | Akibat dipercayai cuba mengganggu isteri orang, dua lelaki parah ditetak dalam kejadian di Jalan Mutiara Raya, Cheras di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian itu diterima pihaknya pada jam 4 pagi selepas Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima makluman daripada anggota ronda cegah jenayah Balai Cheras mengenai kes pergaduhan dan tetak menggunakan parang.

Mangsa melibatkan dua lelaki tempatan berusia 22 dan 23 tahun yang parah di tangan serta belakang leher.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun di sekitar Cheras kira-kira jam 7.30 malam, hari yang sama untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal dipercayai kes bermotifkan mangsa yang dikatakan cuba mengganggu wanita terbabit.

Katanya, susulan itu, polis giat mengesan seorang lelaki iaitu H S Heranpal Singh, 45, yang juga suami kepada wanita terbabit untuk membantu siasatan.

Tambahnya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber : SH 

Share.

Leave A Reply