Lelaki Penjawat Awam Umum Sokong Israel Kerana Kejahatannya | Di kala rata-rata rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap Palestin, seorang lelaki yang juga merupakan penjawat awam telah memuat naik video yang menyatakan bahawa dia merupakan penyokong Israel. Video itu telah membangkitkan kemarahan netizen.
Lelaki yang menggunakann nama Pahlawan90 di akaun TikTok miliknya telah memuatnaik video berdurasi 1 minit menyatakan bahawa dia menyokong puak zionis Israel disebabkan oleh kezaliman puak itu.
“Bersama Israel! Hidup Israel! Tahu tak kenapa (aku) sokong Israel? Sebab memang aku suka Israel. Israel punya jahat, aku suka.
“Dia punya jahat, dia punya pemberontakan aku suka. Aku tak suka tamadun, aku suka pecahkan ketamadunan, suka pecahkan sifat keperimanusiaan. Jadi kejam, aku suka.
“Yesss aku suka hidup dengan suasana yang kejam, aku suka wujudkan peperangan sebab itu aku suka Israel. Kan? Ramai lagi yang suka Israel. Angkat tangan sikit siapa suka Israel. Yay kita geng! Hidup Israel! Betul tak?
“Buat apa hidup baik-baik? Kita berperang, aku suka. Jangan cakap dengan Islam, jangan cakap dengan Yahudi, jangan cakap dengan agama lain. Dengan Israel sendiri pun aku suka bergaduh. Yes, itulah sifat aku. Aku suka bergaduh dengan Israel.
“Aku suka bergaduh, aku tak suka hidup secara aman. Aku tak suka, aku tak suka ketenangan. Aku suka peperangan,” katanya.
Sebaik sahaja video itu menjadi tular di media sosial, lelaki itu telah bertindak dengan menukar namanya sebelum menyahaktif akaunnya kerana tidak dapat menahan kecaman daripada netizen. Namun tindakannnya itu sudah terlambat dan dimaklumkan bahawa lelaki itu telah dipanggil oleh pihak atasan untuk tindakan lanjut.
“Minta bersabar (semua), dia kerja malam dan telah dipanggil pihak pengurusan tadi. Ramai yang tengah tunggu kat luar ni. Depan balai pengawal pun dah ada yang menunggu.
Sumber turut memaklumkan bahawa dia perlu menjawab begitu banyak persoalan kerana bekerja bersama dengan lelaki itu. Katanya sendiri buat sediri tanggung dan lelaki yang tinggal di kuarters pekerja itu juga tidak keluar dari rumahnya dan hanya duduk di dalam rumah sahaja.
Sementara itu di media sosial, majoriti netizen menggesan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu. Tidak kurang juga ada netizen yang berpendapat lelaki itu membuat kenyataan kurang cerdik sedemikian hanya untuk mencari perhatian.
Sumber: The Reporter MY, Shukri Vlog