Lelaki Rohingya Beri AMARAN Jangan Ganggu Mereka. | PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Rohingya memberi amaran kepada seorang warga tempatan yang banyak menentang golongan pelarian itu supaya tidak masuk campur urusan mereka mendapat kecaman orang ramai.
Lelaki Rohingya itu dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya turut berkata, kehadiran golongan pelarian itu di Malaysia juga hanya kerana mereka terpaksa berikutan tidak selamat berada di negara sendiri.
“’Assalamualaikum, selamat malam ustaz. Maaf tengah kerja. Nak beritahu, saya tahu ustaz orang tempatan, kami pendatang, pelarian.
“Sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka di sini, tidak. Sebab kampung halaman kami ada masalah, kami lari pergi sini, terpaksa. Bukan sebab kami suka di sini,” katanya.
Katanya lagi, dia dan rakan-rakannya juga tidak pernah meminta simpati rakyat Malaysia, sebaliknya bekerja keras demi menyara kehidupan sendiri.
“Jadi kami sudah duduk di sini, ada berkeluarga, ada anak isteri, ada bujang, duda. Kami duduk sini, bukan kami pergi kacau setiap rumah minta makan.
“Kami punya tulang, punya kaki, tangan, kekuatan untuk kami kerja, untuk kami cari rezeki sendiri supaya kami jangan menyusahkan orang tempatan.
“Kami tolong orang tempatan, orang tempatan bagi makan kami. Bukannya kami tidur, bangun tidur, pergi minta makan dengan orang tempatan. Tidak,” jelasnya.
Lelaki itu turut memberi pesanan kepada individu terbabit agar tidak mengacau rakan senegaranya, sebaliknya menyerahkan hal mereka kepada pihak berkuasa sahaja.
“Ustaz hanya orang tempatan, orang Malaysia, kami pendatang. Kalau boleh, jangan keterlaluan sibuk orang asing mahu bikin (buat) apa, semua akan urus dengan kerajaan Malaysia, polis dan imigresen.
“Mereka yang uruskan, nak cari lesen, roadtax apa semua mereka uruskan, bukan ustaz. Ustaz salah, jangan keterlaluan, jangan terlebih ustaz” katanya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam kenyataan lelaki berkenaan yang dianggap biadab dan tidak bersyukur.
“Tidak sedar diuntung, sudah diberi tumpang malah mahu menjadi tuan,” kata Murni.
“Dah tahu kampung halaman ada masalah , jangan buat masalah di kampung halaman orang,” kata Jemin.
“Ustaz tu ketengahkan isu yang mana etnik kamu rampas hak penduduk tempatan, sedangkan kamu pelarian tidak boleh bekerja. Fahamkan isu baru bersuara,” kata Firuz.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Buruh Mengaku Tak Salah Culik Dua Pelarian Rohingya | Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas dakwaan menculik dua pelarian Rohingya warga Myanmar di Kok Lanas pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Hafiy Zulhilmy Hassan,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menculik dua buruh lelaki juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) iaitu Abdul Hamin Abu Tahir berusia 20-an dan Solej Ahmad Habus Ahmad berusia 30-an tersebut bertujuan mengurung mereka dengan salah di Taman Arif, Kok Lanas pada 20 Januari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun keseksaan.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding itu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan memohon tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula pada 26 Februari ini.
Sumber: Sinar Harian