Lelaki Rugi Ratusan Ribu Ditipu Pembeli Musang King

| July 27, 2021 | 0 Comments

Lelaki Rugi Ratusan Ribu Ditipu Pembeli Musang King | Seorang lelaki yang juga penjual durian musang king berputih mata apabila alami kerugian ratusan ribu selepas ditipu dalam penjualan buah berkenaan. Baca selanjutnya..

TIPU PEMBELIAN MUSANG KING

Kuantan – Seorang penjual durian mengalami kerugian RM414,932 selepas ditipu dalam 26 transaksi pembelian durian musang king di Jalan Sungai Klau di Raub.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 30 Jun lalu apabila mangsa dihubungi seorang lelaki dikenali Yifong yang mahu membeli 10 bakul durian musang king gred A dan B bernilai kira-kira RM7,800.

“Pada hari sama kira-kira pukul 8.40 pagi seorang lelaki yang mendakwa pekerja Yifong datang ke kedai mangsa menyatakan telah membuat pembayaran RM7,800 secara pindahan wang dan menunjukkan bukti transaksi yang dilakukan oleh majikannya.

“Selepas itu urusan jual beli diteruskan seorang lelaki bernama Lok Kiam Thong bermula 1 sehingga 27 Julai dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir mangsa menyedari ditipu selepas mendapati tiada wang dimasukkan ke dalam akaunnya ketika membuat semakan pada 27 Julai lalu.

“Pengadu telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati bayaran yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun milik syarikat sebanyak RM414,932 dengan 26 kali transaksi tiada.

“Pengadu telah membuat laporan kerana telah ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *