Lelaki Sakit Mental Bvnuh Ibu Dengan Kejam | Seorang lelaki di Bangkok yang mempunyai masalah mental didakwa membunuh ibunya secara kejam dalam tragedi di Lat Krabang, Thailand baru-baru ini, lapor The Thaiger.

Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudiannya ditahan polis pada Ahad.

Difahamkan, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di bangunan pangsapuri empat tingkat yang juga merupakan rumah mangsa.

Pegawai polis menemui mayat ibu suspek dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat tiga yang ketika itu, lantai juga ‘bertukar’ merah disebabkan  kesan percikan darah mangsa.

Mangsa yang berusia 61 tahun itu diselubungi selimut dari kepala hingga ke pinggang dan apabila polis menanggalkan kain tersebut, boleh dilihat dia juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pegawai polis juga menemukan beberapa injap silinder gas besi yang diselaputi darah di atasnya, diletakkan berhampiran mayat mangsa.

Selepas melakukan penangkapan ke atas suspek di tempat kejadian, suspek hanya berdiam diri dan menggelengkan kepalanya.

Menurut polis, dia turut menutup kedua matanya semasa pegawai terbabit melakukan siasatan ke atasnya.

Pegawai itu membawanya ke Balai Polis Lat Krabang untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Semasa awal kejadian, jiran-jiran memaklumkan kepada polis mereka terdengar bunyi seperti orang dipukul pada malam Jumaat lalu, namun tiada pertengkaran dilaporkan.

Daripada pihak cucu perempuan mangsa pula, dia menyatakan suspek mempunyai sakit mental dan pernah dimasukkan ke hospital mental dua tahun lalu tetapi telah dibenarkan keluar.

Katanya, keadaan suspek menjadi lebih parah apabila dia enggan mengambil ubat-ubatannya yang diberi oleh doktor.

Mangsa turut meminta cucunya sentiasa berhati-hati kerana anaknya itu bersifat ganas dan mereka tidak tinggal bersama orang lain.

Mayat mangsa telah dipindahkan ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Polis, manakala suspek sedang ditahan menunggu pemeriksaan perubatan untuk memeriksa kesihatan mentalnya.

Dari semasa ke semasa, kisah pembunuhan  kejam dalam keluarga menjadi tajuk utama untuk berita Thailand akhir-akhir ini.

Pada November, seorang lelaki di Phuket didakwa membunuh bapanya dalam kejadian ganas hanya kerana wang untuk membeli rokok.

Lelaki berusia 26 tahun itu mengelar leher bapanya yang berusia 51 tahun dalam kejadian di daerah Thalang.

Suspek berkata dia mempertahankan dirinya sejak bapanya bertindak untuk menyerangnya dengan ganas.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Pelakon Veteran Bollywood Dibunuh Oleh Anak Sendiri

Pelakon Veteran Bollywood Dibunuh Oleh Anak Sendiri | Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.

Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat.

Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham melibatkan tanah bernilai RM6.4 juta.

Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

Difahamkan, selepas membunuh ibunya, Sachin telah membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Veena pernah terbabit dalam drama “Bhabhi” yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah “Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna”, “Dal: The Gang” dan “Bandhan Pheron Ke”.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply