Lelaki Tampar Dan Maki Polis Direman 4 Hari.

| April 9, 2020 | 0 Comments

Lelaki Tampar Dan Maki Polis Direman 4 Hari. | Gara-gara mencederakan seorang anggota polis yang bertugas melakukan sekatan jalan raya, seorang lelaki berusia 55 tahun direman selama empat hari bermula Khamis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, lelaki terbabit telah menampar dan melemparkan kata-kata kesat kepada anggota polis tersebut semasa sekatan jalan raya di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Malim Jaya.

Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang Rabu (8 April) di mana polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

ACP Afzanizar berkata suspek yang ketika itu memandu kereta Proton Iswara mengikuti rapat sebuah ambulans yang diberi pelepasan sekatan jalan raya.

Ketika ditahan, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan bertindak kasar.

“Anggota saya mengalami kecederaan pada pipi kiri dan memerlukan rawatan di Hospital Melaka,” katanya pada Khamis.

ACP Afzanizar berkata lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis Malim.

Beliau menambah kes tersebut disiasat di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *