Lelaki Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dgn Anak Perempuan | Polis masih menjalankan operasi pencarian tujuh rangka bayi manusia yang dikebumikan di sebuah lokasi bekas tapak sebuah kolam di Jawa Tengah, Indonesia, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Kelahiran tujuh bayi itu didapati hasil sumbang mahram antara seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai R, 57, bersama anak kandungnya sendiri.

“Semalam kami menetapkan bahawa R, 57, iaitu penduduk Desa Tanjung sebagai suspek,” kata Ketua Polis Banyumas, Agus Supriadi Siswanto, sambil menambah, suspek kes itu mungkin lebih daripada seorang.

Polis mempunyai bukti mencukupi untuk menuduh R sebagai suspek dalam kes tersebut.

Penemuan Rangka Manusia

Kes itu pada awalnya didedahkan bermula dengan penemuan objek disyaki tulang manusia oleh dua pekerja pembersihan pada 15 Jun lalu ketika mereka meratakan tanah di lokasi tersebut.

R didakwa membunuh dan menanam bayi hasil sumbang mahram bersama anak kandungnya yang dikenali sebagai E, 25, sejak 2012.

Perbuatan keji itu dilakukan R sejak kelahiran bayi pertama pada 2013 sehingga bayi ketujuh pada 2021.

“Berdasarkan pengakuan suspek, masih terdapat tiga mayat bayi yang dibunuhnya dan ditanam di tempat itu, selain empat rangka bayi yang kami temui antara 15 hingga 21 Jun lalu,” jelas Agus.

Menurut Agus, Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas telah menggali kawasan bekas kolam itu semalam namun masih belum menemui rangka tiga bayi tersebut.

Isteri ketiga R bernama S dikatakan membantu E melahirkan anak. S dikatakan diugut bunuh oleh R sekiranya membongkarkan perkara tersebut.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Ini :

Skandal Ibu Tunggal Dan Suami Orang Berakhir Tragedi

Skandal Ibu Tunggal Dan Suami Orang Berakhir Tragedi | Mayat ibu tunggal berusia 33 tahun di Jepun ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat di rumah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan didakwa menjalin hubungan sulit dengannya.

The Straits Times melaporkan, anggota badan Ayumi Ito, ditemukan di balkoni rumah suspek di wilayah Shizuoka di pantai selatan Jepun, serta di dalam keretanya.

Polis kemudian menahan suspek, Yuki Tsuchiya, 31, pada 23 Februari lalu, lapor Fuji News Network.

Jenayah itu dipercayai dilakukan pada 21 Februari lalu.

Hasil soal siasat mendapati Tsuchiya mengaku dia yang mencincang mayat Ito di rumahnya.

Portal NHK, memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan pada Isnin, Tsuchiya memberitahu penyiasat dia memukul kepala Ito dengan objek tumpul di dalam keretanya, dan menggunakan tali untuk menjerut leher mangsa.

Jiran dilaporkan mendengar bunyi yang mencurigakan datang dari rumah lelaki itu di Numazu, sebuah bandar di Shizuoka, tempat tinggal suspek bersama isteri dua anak kecil dan bapanya yang sudah berusia.

Seorang jiran dalam lingkungan 60 tahun memberitahu NHK bahawa dia mendengar bunyi ‘ketukan’ pada malam 20 atau 21 Februari lalu.

Ito tinggal di Iwata, kira-kira 130 kilometer (km) jaraknya dari Numazu, atau dua jam tempoh memandu.

Keretanya ditemukan di tempat letak kereta kira-kira 280 meter dari rumah suspek.

Ito dipercayai bertemu dengan Tsuchiya pada tahun lalu ketika mereka menjadi ahli jawatankuasa yang menyumbang kepada pembangunan wilayah Shizuoka.

Menurut tangkap layar halaman LinkedInnya yang sudah dipadam, Tsuchiya bekerja sebagai penasihat di sebuah syarikat insurans, sejak 2020.

Kes pembunuhan di Jepun itu selepas dunia digemparkan dengan berita kematian tragis sosialit, model dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi, 28, yang mayat ditemukan tanpa kepala, Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply