Lelaki Tanpa Dokumen Identiti Ditemui Meningg4l Dunia Di Bus Stop | KUCHING – Seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijumpai meninggal dunia di perhentian bas jalan utama Pending, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata si mati dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira pukul 6.57 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di lokasi mengesahkan kematian lelaki berkenaan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemeriksaan polis ke atas mayat si mati juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Katanya si mati dianggarkan berusia dalam lingkungan 45 hingga 50 tahun dengan tinggi 165 sentimeter dan berat badan 60 kilogram.

“Semasa dijumpai mangsa tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek berwarna coklat,” katanya.

Justeru, Merbin berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HUS sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Siti Mariam di talian 016-4461345 bagi membantu siasatan serta membuat pengecaman.

Sumber: Kosmo

 

BACA JUGA: Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Lemah Di Kawasan Berlumpur | Seorang pemancing terkejut selepas terserempak dengan seorang lelaki yang tidak tahu identitinya yang terperangkap di dalam lumpur tebal di kawasan paya bakau berhampiran Kampung Injin Gergaji, Chukai, semalam.

Kejadian yang tidak dijangka berlaku seperti ini dikatakan berlaku pada awal pagi kira-kira padam jam 9.46 pagi, semalam.

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Lemah Di Kawasan Berlumpur

Kemaman: Walau bagaimanapun, mangsa yang dikatakan masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira pada pukul 9.46 pagi dalam keadaan kelaparan.

Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan ditemui oleh pasukan bomba dalam keadaan tidak bermaya dan hanya berseluar dalam dengan seluruh anggota badannya di penuhi dengan lumpur.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pasukan mereka telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat daripada pemancing berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu berada dalam keadaan yang sangat lemah dan seluruh badannya telah dipenuhi dengan lumpur.

“Dia ditemui di kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan tali dan pengusung,” katanya ketika dihubungi Kosmo, di sini hari ini.

Azman berkata, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply