Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Mati Berdekatan Kedai

| September 27, 2020 | 0 Comments

Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Mati Berdekatan Kedai  | KUALA LUMPUR – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Riong, Bangsar di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar diri pada pukul 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Siasatan lanjut pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *