Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 125 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Bertam di sini.

Lelaki Temui Ajal Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Mak Mandin dan terbabas sebelum terperosok di bahagian tengah pembahagi jalan lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Jelasnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang datang dari arah Sungai Petani menghala Sungai Dua.

Katanya dalam satu kenyataan, apabila sampai di lokasi kejadian dipercayai motosikal terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

Mohd Radzi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply