Lelaki Temui Bekas Isterinya Mati Tergantung.

| December 15, 2020 | 0 Comments

Lelaki Temui Bekas Isterinya Mati Tergantung. | MACHANG: Seorang wanita ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Kampung Dusun Buruk, Temangan, di sini, malam tadi.

Mayat mangsa ditemui bekas suaminya berusia 50 tahun jam 11 malam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy, berkata sebaik polis tiba di lokasi kejadian, mangsa berusia 34 tahun itu terbaring di lantai dapur selepas diturunkan bekas

suaminya.

“Mangsa ditemui oleh bekas suaminya yang datang ke rumah berkenaan untuk menghantar makanan dan mendapati wanita itu dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri.

“Bekas suami mangsa kemudiannya menggunakan gunting bagi menurunkannya.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal di rumah kayu lama yang usang dan pemeriksaan di dalam rumah mendapati tidak terurus, namun tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat kesan lilitan tali di bahagian leher mangsa.

“Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa sudah bercerai dengan bekas suaminya itu yang bekerja sebagai tukang rumah sejak sebulan lalu dan tinggal berseorangan.

“Mangsa juga tidak mempunyai anak hasil dari perkahwinan itu, namun menjadi rutin bekas suaminya datang ke rumah untuk menghantar makanan kepadanya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *